Salam bahagia,
Episod 16.
Kesian si Raimi.. Yana reject dia.. Yana tak nak kawan dengan Raimi..
Ini koje si Raimi.. memang penjenayah nih, buat koje yang menyalahi undang-undang.
Zaman pula seperti tak percaya, bila dapat tahu jutawan Bakhtiar Mursyid mirip Jiwa.
Si Yana & si Ibnu (anak Lara) rupanya ada kisah silam.. pernah bercinta.. mmm. Yana terserempak dengan Ibnu dan Lara di masjid. Lara pula menggalakkan Ibnu supaya menyambung semula hubungan dengan Yana… Si Lara ni tak tahu yang Yana ni anak Zaman.
Actually misteri jugak identiti Yana ni.. betulkan Zaman berkahwin lain selepas dia bunuh Marini. Jika ikut cerita Yana, bapa dia mula jadi ‘king-control’ sejak berpisah dengan ibunya. Siapa lah ibu si Yana ni yer… ???!!
Raimi datang lagi ke butik Yana.. tak putus asa lagi.. dia ajak Yana lunch, konon-konon untuk kali terakhir..
Sekali kena reject lagi dengan Yana.. kesian.
Namun nasib menyebelahi Raimi, Yana bersetuju pulak.. sebabnya Yana nak mengelak lunch dengan bapanya, Zaman.
Makan di gerai jer.. hmmm… ntah betul ntah tidak si Raimi nih.. boleh percaya ke cerita dia.. kononnya dia dah berdikari sejak umur 17 tahun. Kerja di bengkel bapanya, & mak dia meninggal 5 tahun dulu sebab sakit kerana kena pukul (‘dera) dengan bapa nya. Si Yana pun cam cair dan simpati jer.. 
klik pada gambar untuk saiz lebih besar
Siapa Raimi..??? - tanya Zaman pada Yana. Tensi betul dapat bapa macam ni.. tapi si Zaman memang bengang gila. Apsal yer si Zaman ni control si Yana ni begitu sekali.. dia takut anak dia dirosakkan orang.. tapi dia dulu 'rosakkan' anak orang.
… bersambung..

















ada drama bersiri rupanya kak yong :)
BalasPadamShah Jaszle tu selalu clean cut, nampak jambu. Bila dah camni baru nampak macho sikit. Hehhe... :)
BalasPadam@sop drama slot samarinda tv3. tiap selasa, rabu & khamis pkl 10.30 mlm.. ;)
BalasPadam@Yati bukan macho sikit, tp macho banyak.. ekekke... hehhe.. :D
BalasPadamsesuai sangat dia bawa watak tu... bad boy, yet romantika...