Banner

Ahad, 27 November 2011

Home » , , , » Aaron Aziz hero utama drama Adam dan Hawa

Aaron Aziz hero utama drama Adam dan Hawa




Salam bahagia,


Nampaknya sudah confirm Aaron Aziz akan membawa watak Adam Mukhriz untuk drama Adam & Hawa. Untuk peminat Aaron tahun depan boleh lah layan mega drama ni... 80 episod kan, jadi boleh lah dilabelkan sebagai mega drama.

sumber - sila baca di SINI ya... 


saya amik sikit


Bagai tertulis takdir, perwatakannya kena dengan ‘hero’ Ombak Rindu, Badai Semalam, Nora Elena, Stanza Cinta dan terbaru bakal memulakan penggambaran Februari depan, Adam dan Hawa. 

Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran jejaka bertubuh tegap ini tetapi senario itu seakan bonus buatnya. 
“Alhamdulillah, mungkin sudah tertulis itu rezeki saya. Seronoknya menerusi drama yang diadaptasikan daripada novel lebih mudah menarik perhatian penonton.
Novel yang terpilih biasanya adalah yang terlaris dan ramai orang suka. Pembaca biasanya akan jatuh cinta dengan watak-watak dalam novel yang dibaca dan ini akan buat mereka lebih cepat suka dengan persembahan pelakon apabila ia dizahirkan ke layar kaca atau lebar. 
“Misalnya Nora Elena, pembaca novel itu sudah tahu dan faham watak Seth Tan dan apabila dilakonkan di skrin mereka lagi suka. Ia beri impak besar dalam karier saya. 
“Bagaimanapun ada cabarannya kerana saya harus pastikan diri benar-benar kenal dengan karakter dan bawa mengikut apa yang digambarkan penulis novel. Andai tersasar atau kurang menjadi, pasti merosakkan mood penonton. 
“Apapun saya bersyukur Nora Elena mendapat sambutan luar biasa malah Stanza Cinta juga ada pengikut. Harap Ombak Rindu yang akan menemui penonton bulan depan mendapat maklum balas positif.
“Penggambaran Adam dan Hawa akan bermula Februari ini. Biarpun masih dalam proses perbincangan, saya sudah memberikan persetujuan. Penggambaran drama 80 episod ini akan ambil masa sekurang-kurangnya empat bulan dan akan dilakukan dalam dan luar negara seperti di Perth, Makkah serta Taj Mahal,” katanya. 




Ni foto Aaron yang diambil selepas pementasan teater Badai Semalam.. sakit mata lah pulak hero malaya nih.. 


foto dari twitpic Eirma Fatima



dan ini tweet dari Aaron semalam... Semoga Aaron cepat sembuh.. Shahz Jaszle pun kena sakit mata semasa shooting drama Jiwa & Lara, dan amik masa 3 minggu juga baru baik.





baru perasan Aaron dah tukor photo profil di twitter




..
Jom join Segmen bloglist rerama berterbangan..

..



..


Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi. dan Jemput singgah ke Kedai Kakyong

review http://www.kakyong.com on alexa.com giveaway  Banner

2 ulasan:

  1. memang rezeki dia la...dapat pegang watak dlm drama ni.

    BalasPadam
  2. l luv aaron azizzzz

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.