Banner

Khamis, 26 Januari 2012

Home » , , , , » Baju Kebaya Terakhir Bapak [updated]

Baju Kebaya Terakhir Bapak [updated]







Salam bahagia,


Jom tengok.. malam ni tau.. di TV9, jam 8.30 malam.







Jom tengok.. ada Shahrizal Jaszle.winking winking winking rock on! rock on!




Yang pasti saya memang SUKA sangat dengan lakonan Dato' Rahim Razali..

ni antara gambar yang saya jumpa dari twitter... kredit pada EiraSyaziraS

EiraSyazira jadi anak derhaka dalam drama ni.. Shahrizal jadi suami Eira kot.. oopss bukan suami tapi teman lelaki..









Sinopsis..

Baju Kebaya Terakhir Bapak

25 Januari, 8.30 malam

Telefilem sedih ini mengisahkan dilema yang dihadapi oleh seorang duda bernama Samsudin yang merupakan seorang tukang jahit pakaian wanita yang terkenal di kampungnya. Dia mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Salmah dan Latifah. Semenjak anak-anaknya Salmah dan Latifah sudah berjawatan, mereka kian meminggirkan Samsudin di kampung dengan alasan sudah mulai hidup baru di Kuala Lumpur. Mereka malu dengan cara hidup orang kampung dan nekad hendak mengikis segala ”kekampungan” yang ada pada diri mereka.

Salmah telah menjadi seorang CEO berjaya di firma guaman manakala Latifah pula seorang GRO. Latifah membenci Samsudin kerana selalu memuji Salmah pandai hingga menyebabkan dia lari ke Kuala Lumpur dan menipu kononnya sudah bekerja tinggi. Suatu hari, Samsudin kemalangan dilanggar oleh seorang penunggang motosikal iaitu Anoi. Disebabkan Samsudin seorang yang lembut, Anoi membuat fitnah kepada Salmah bahawa Samsudin menyimpan lelaki kaya dan ada hubungan sulit dengan lelaki. Salmah pulang ke kampung dan memarahi ayahnya. Orang kampung juga turut membenci, memukul dan mengurung Samsudin di sebuah pondok. Samsudin menderita akibat fitnah dan tidak diselamatkan walaupun oleh anak-anak kandungnya sendiri. 

Lakonan hebat oleh Dato Rahim Razali, Eira Syazira, Zarina Zainoordin, Zaibo, Shahz Jazle, Azlee Khairi, Liza Abdullah dan Aizad Jasmin.




Update : 

Review saya selepas melihat telefilem ini..

Memang kesah yang sangat sedih. Tahniah buat Eira kerana berjaya membawa watak anak-tak-sedar-diri-derhaka-terlampau. Awal-awal cerita dah buat hati sayu.. tersentap hati saya, bila anak bercakap dengan bapak dengan gaya bahasa yang membentak-bentak, dan tiada hormat langsung. Bapak datang dari jauh ke rumah si anak, tapi boleh pulak si anak menghalau si bapak balik tengah-tengah malam buta.. crying

Mujur lah, kekasih hati si anak, baik hati dan prihatin orangnya. Shahrizal, (mbawa watak Tengku Ian) apsal la charming sangat dalam drama ni... thumbs up dik..


gambar pinjam/ambil dari SINI


lakonan Liza Abdullah juga tidak kurang, dia memang menjadik jer bila membawa watak antagonist.

Pelakon yang membawa waktak ustaz tu saya tak kenallah... penampilan dalam scene solat berjemaah.. Tengku Ian pulak yang nampak terlebih 'ustaz' dari yang membawa watak ustaz tu sendiri...

Alhamdulillah, akhirnya Coma@Salmah@Sally sedar diri dan insaf..

Pengakhiran kesah ini, bapak mati dalam kebakaran sambil memeluk baju kebaya songket yang dibuat untuk majlis pernikahan kedua-dua anak perempuannya. Sedih... mengalir laju airmata saya..

Siapa & apa yang menyebabkan bapak mati dalam kebakaran? Yang dah tengok, tentu lah tahu kan.. yang belum tengok.. sila lah cari @ tengok online kat mana2..

saya beri 4.8 bintang untuk telefilem ni.  thumbs up


...

jemput semua untuk memeriahkan contest & giveaway ibu sihat anak riang








Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi. LMFAO ni apa?

review http://www.kakyong.com on alexa.com giveaway  Banner

13 ulasan:

  1. tengok iklan die pun dah rasa nak tengok,, kih3

    BalasPadam
  2. sempat abis drama ni then tengok Filem hindustan (Mann) pulak kat TV2,

    BalasPadam
  3. wah macam best je kak. Saya minat dengan Eira Syazira ni, saya tengok lakonan dia semua menjadi...

    BalasPadam
  4. ini mlm yer .. ready2 kul 8 ke atas ;)

    hanie suke lakonan eira syazira

    BalasPadam
  5. dato' rahim jadi lembut ke
    alahai...

    BalasPadam
  6. http://mujadafewa.blogspot.com/2012/01/entry-yang-patut-aku-tulis-berabad.html

    tahniah,, blog kak yong di entry terbaru muja,, hehe,, just suggestion,, ape kate buat pop up window untuk comment,, senang sikit,, tak yah tunggu kotak comment load di page yang sama,, jusz mencadang,, :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. @muja,

      terima kasih.. nanti kakyong jenguk n3 tu yer..

      utk pengetahun muja, kakyong skrg ini menggunakan fungsi kotak komen threaded by blogger.. jika buat pop-up, fungsi tu xde lah.. :)

      check sini utk tahu lebih lanjut tentang kotak komen threaded blogger
      http://ibualiya.blogspot.com/2012/01/blogger-sudah-ada-threaded-comment.html

      kakyong dah suggest pada blogger.com supaya updatekan lagi kotak komen threaded ni supaya boleh berfungsi bila guna pop-up window.. so kena tunggu blogger.com kemaskini kan dulu..

      harap maklum yer..

      Padam
  7. Kak Yong, suka sgt watak Tg Ian Fahmi. Anak org kaya yg hati mulia. Dia tolong Salmah pun sbb dia kagum dgn cita2 Salamah yg mengaku anak yatim. And suka pendirian dia yg x mudah mengalah dgn pujuk rayu perempuan yg dia sayang bila berkaitan bab adab dgn org tua. N part dia bengis n pukul Eira mmg superb. bak kata aunty saya "mcm tu lh lelaki, perempuan kurang ajar camtu mmg patut kene tangan"

    BalasPadam
    Balasan
    1. @tasha,

      kakyong pun suka watak yg Shahrizal bawa kali ni.. walaupun bukan watak utama.. tp tetap menonjol dgn caranya yg tersendiri..

      Padam
  8. entri ni dah lame..
    tp baru sibuk nak komen..
    anak lg sorang tu ROSLAH kan name dia..
    yg jd ustaz tu biasa gak berlakon.. tp tak tau ah name dia.. hehe..

    ske tgk si eira ni berlakon.. slalu watak baik2.. kene tindas.. org miskin.. hantupn penah hehehehe.. tp ni festime kot tgk watak dia camni..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.