Banner

Sabtu, 14 Januari 2012

Home » , , » Drive M7 bawa Aaron Aziz ke Tokyo

Drive M7 bawa Aaron Aziz ke Tokyo



Salam bahagia,


Pasti ramai sudah tahu, Aaron Aziz adalah duta produk minuman bertenaga DriveM7.




Untuk tahu lebih lanjut tentang minuman DriveM7 ni.. boleh baca di sini >> DriveM7 tembusi pasaran tempatan


ini saya quote sikit :

MUTIARA Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors) membawa anjakan baharu dalam segmen perniagaannya apabila melancarkan produk minuman tenaga terkenal, Drive M7 yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun.
Drive M7 merupakan antara produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh M7 Co. Ltd (Japan).
Jenama M7 sebenarnya cukup sinonim dalam industri automotif dunia yang berskala besar. Selain Drive M7, M7 meliputi produk berprestasi tinggi seperti minyak pelincir, produk elektronik, sistem turbo dan sistem ekzos.
Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Mahathir Ahmad ketika ditemui berkata, pihaknya yakin bahawa produk baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Malaysia.
“Sebenarnya minuman ini mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 2006. Selepas kita melihat penglibatan aktif dan kekuatan jenama ini di pasaran global, di situ tercetus idea untuk membawanya ke Malaysia.
“Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan, akhirnya kita berjaya memperoleh hak pengedaran daripada syarikat pengeluarnya iaitu M7,” ujarnya.

Ada tak antara kawan blog yang pernah minum DriveM7 ni???


Mengulas lanjut mengenai Drive M7, Mahathir berkata, produk ini sangat kukuh dan begitu terkenal di Amerika Syarikat (AS) selain di Jepun.
Kata Mahathir, minuman ini sangat berbeza dengan jenama minuman bertenaga yang terdapat di pasaran sekarang.
“Drive M7 dirumus untuk memberi tenaga dan mempertingkatkan stamina untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti lasak.
“Namun, yang paling signifikan ia merupakan minuman yang tidak bergas dan rendah kandungan gula. Saya sifatkan minuman ini sebagai seronok untuk diminum,” jelasnya.





Ini antara gambar Aaron di HQ M7, Tokyo..




Bestnya Aaron dapat main salji.. katanya kali pertama.. 



Cantik kan view pemandangan ni... bertuah Diyana Halik.. dapat jenjalan ke Tokyo.. 


sumber gambar : twitpic Aaron Aziz



nota :

Lama juga saya tak buat apa2 entri pasal Aaron Aziz.. bukan boikot Aaron tau.. tapi masa dah semakin berkurang.. kadang-kadang sempat intai kejap jer timeline twitter Aaron.. 

Tahniah buat Aaron terpilih finalis TOP 5 untuk Pelakon TV lelaki dan Pelakon Filem Lelaki untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.. 

semakin hebat, semakin sibuk, job non-stop dan saya doakan semoga diberi kesihatan yang baik.



ada banyak lagi gambar Aaron Aziz di Tokyo, boleh terus ke FB fanpages DriveM7


p/s
Aaron Aziz adalah keyword blog yang paling NgeTOP untuk sepanjang tahun 2011.

...








Terima kasih sudi membaca entri ini. Alang-alang dah baca, komen lah yer.. nanti senang kakyong nak balas jejak. Jangan serik singgah sini lagi. LMFAO ni apa?

review http://www.kakyong.com on alexa.com giveaway  Banner

20 ulasan:

  1. bertuah nye badan dapat pergi Tokyo free yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Papa Mifz,

      kena apply jd duta produk lah pas ni...

      Padam
  2. bestnya.... cuma boleh tengok dari jauh..

    BalasPadam
  3. Wah ada produk minuman baru dan Aaron Aziz sebagai dutanya:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @akubiomed

      nanti boleh lah try.. kakyong ni takat 100plus tu tau lah... ;)

      Padam
  4. eh saya x pernah lagi minum air ni, kalau jumpa nanti saya try best ker x

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Juan

      dah try nanti buleh la review kat blog.. :)

      Padam
  5. makin laris cik brother kita nih selepas Ombak Rindu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @NurMisnan,

      sejak pertengahan tahun 2011 lagi, semasa drama Nora Elena dah BOOM dah .. ;)

      Padam
  6. aaron sgt ensem! kkayong..jom join segmen
    http://www.linazlina.com/2012/01/segmen-mr-eraz-fadli-tingkatkan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Lin Azlina,

      memang ensem.. ;)

      ok lin, nanti kakyong join yer... terima kasih tag

      Padam
  7. Nak cari la minuman ni,mana tahu boleh jadi duta macam aaron sekali =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @wazy,

      boleh jer.. rupa dah ada.. apa lagi.. ;)
      tak silap ade juga blogger yg jd duta produk..
      jadi mungkin lepas ni makin ramai blogger yg diambil jd duta produk.. ;)

      Padam
  8. tak suka sangat minuman tin
    dah lama tak minum

    BalasPadam
    Balasan
    1. @tehr,

      suami saya sesekala nampak juga dia minum redbull.. tp yg dlm botol ler..

      minum bertenaga ni saya selalu beli bila anak demam jer.. 100plus yg dm botol tu, sbb doktor yg syorkan, 1st day anak demam kan muntah2 jer.. bg makan apa pun muntah balik..

      Padam
  9. Itulah rezeki seorang artis ... rasa kalau kita artis ada juga rezeki macam tu...

    BalasPadam
  10. Bilalah Benjy dapat pergi jepun ni yerr ? ...

    BalasPadam
  11. Benjy belum lagi jumpa minuman ni .... kalau tidak bergas kira oklah tu ... :D

    BalasPadam
  12. Tak pernah jumpa pun minuman ni.
    Seronoknya, dapat pi Jepun. :)

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.