Salam bahagia,
Yang kenal saya tentu tahu lah kenapa saya update n3 pasal telefilem Landasan Cinta ni....
gambar & sinopsis : kredit -- budiey.com
Sinopsis: Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.
Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.
Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Shahrizal Jaszle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati, Kismah Johar, Fendi Seman, Farid Najib, Wan Shades, Liea Banks, Sharifah Sakinah, Balkisyh Semundur Khan
Jom layan... malam esok 14 April 2012.. jam 10 malam...
..
Jom layan... malam esok 14 April 2012.. jam 10 malam...
..








nak tengok...ada tasha shila....best dia berlakon
BalasPadammacam bes je..nak kena tgk nie..
BalasPadambaru nak mula tayang ke ni, kakyong?
BalasPadamada masa nanti boleh la layan
kena tunggu depan tv esok ni!
BalasPadamsaya perasa juga kak yong selalu bercerita tentang shah jazle ni...for realiti ada sorang kawan saya jadi pilot MAS...kita layankan k mana tau best
BalasPadamnot bad kisah nie .. suke tasha shila tuu .. suke gitu2 lahh sbb dia cute ;)
BalasPadamYong lama dah tak tengok cerekarama.
BalasPadamlor patut kakyong nak tengok .. hehehe .. comelnya tasha shila tu
BalasPadamsempat tengok 1 jam terakhir aje. huhu.
BalasPadamBest ceritanya, boleh menghiburkan hati yg lara!
BalasPadamsuka gak ngan mamat ni.. tapi sekarang masa terhad untuk menonton :(
BalasPadamagak dahhh.. mesti kkyong tgk punye drama ni... hanie pun tgk... mmg bestt... klako :p
BalasPadamdrama ni mcm meraikan kemenangan tasha shilla dlm abpbh je.. hihi :p
tak sempat tengok...nnt cari kat youtube la
BalasPadamtengok cerita ni..best..cute lah tasha shila dan shahrizal jaszle hehehe
BalasPadammana ceritanya?nak tengok sekarang ni jugak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadam